Perlembagaan
Persatuan Pencinta Alam
1. Matlamat
Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar guru
tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
2. Objektif
a. Menyediakan
struktur organisasi bagi para pelajar guru untuk membangunkan serta meningkatkan
minat mereka dalam pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.
b. Mengalakkan
dan menunjuk arah kepada para pelajar guru tentang jenis aktiviti yang boleh
dijalankan oleh mereka dalam menanamkan semangat cintakan alam sekitar.
c. Menyatukan
pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan sekolah.
d. Meningkatkan
tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar guru terhadap
pemeliharaan dan perlindungan kawasan institut.
3. Keahlian
Dibuka kepada semua pelajar guru Tahun 3
Sains 1 yang mengambil mata pelajaran WAJ 3113.
4. Pensyarah
Penasihat
a. Pensyarah
penasihat terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang.
b. Pensyarah
penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5. Ahli
Jawatankuasa
a. Dilantik
semasa Mesyuarat Agung.Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK.
b. Pemilihan
AJK secara undian.
c. AJK
yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantarkan surat perletakkan
jawatan kepada Pensyarah Penasihat dengan alasan yang munasabah.
d. AJK
Persatuan hendaklah terdiri:-
i. Pengerusi
ii. Naib
Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. Ahli
Biasa
e. Guru
Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.
6. Yuran
a. Sumber
kewangan persatuan adalah melalui bayaran yuran yang ditetapkan iaitu sebanyak
RM10.00 untuk satu semester.
b. Persatuan
juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti persatuan dan sumbangan.
7. Kehadiran
Semua
ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang semester.
8. Aktiviti
a. Dijalankan
seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
b. Sebarang
pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
9. Peraturan
a. Peraturan
institut menjadi peraturan asas.
b. Peraturan
khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua AJK dan Ahli.
10. Tindakan
Disiplin
a. Diambil
terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
b. Tindakan
disiplin adalah mengikut cara berikut :-
i. Amaran
Lisan
Memberi amaran kepada
ahli apabila tidak menghantar surat ketidakhadiran bagi aktiviti yang dijalankan.
ii. Amaran
Bertulis
Surat amaran akan
dikeluarkan kepada ahli apabila masih tidak menghantar surat setelah diberi
amaran dalam masa seminggu. Sekiranya ahli tidak memberi respon, ahli boleh
diambil tindakan tatatertib.