Monday, June 24, 2013

Perlembagaan Persatuan Pencinta Alam

1.    Matlamat
Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar guru tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

2.    Objektif
a.    Menyediakan struktur organisasi bagi para pelajar guru untuk membangunkan serta meningkatkan minat mereka dalam pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.
b.    Mengalakkan dan menunjuk arah kepada para pelajar guru tentang jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh mereka dalam menanamkan semangat cintakan alam sekitar.
c.    Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan sekolah.
d.    Meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar guru terhadap pemeliharaan  dan perlindungan kawasan institut.

3.    Keahlian
Dibuka kepada semua pelajar guru Tahun 3 Sains 1 yang mengambil mata pelajaran WAJ 3113.

4.    Pensyarah Penasihat
a.    Pensyarah penasihat terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang.
b.    Pensyarah penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksana atau membatalkan  sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.    Ahli Jawatankuasa
a.    Dilantik semasa Mesyuarat Agung.Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK.
b.    Pemilihan AJK secara undian.
c.    AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantarkan surat perletakkan jawatan kepada Pensyarah Penasihat dengan alasan yang munasabah.
d.    AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
                                          i.    Pengerusi
                                        ii.    Naib Pengerusi
                                       iii.    Setiausaha
                                       iv.     Bendahari
                                        v.    Ahli Biasa
e.    Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6.    Yuran
a.    Sumber kewangan persatuan adalah melalui bayaran yuran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10.00 untuk satu semester.
b.    Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti persatuan dan sumbangan.

7.    Kehadiran
Semua ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang semester.
8.    Aktiviti
a.    Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
b.    Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

9.    Peraturan
a.    Peraturan institut menjadi peraturan asas.
b.    Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua AJK dan Ahli.

10. Tindakan Disiplin
a.    Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b.    Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :-
                                          i.    Amaran Lisan
Memberi amaran kepada ahli apabila tidak menghantar surat ketidakhadiran  bagi aktiviti yang dijalankan.
                                        ii.    Amaran Bertulis

Surat amaran akan dikeluarkan kepada ahli apabila masih tidak menghantar surat setelah diberi amaran dalam masa seminggu. Sekiranya ahli tidak memberi respon, ahli boleh diambil tindakan tatatertib.